Salicylic Acid Menghilangkan Jerawat

Salicylid Acid ? Pencuci muka yang bagus harus mengandungi bahan bahan yang bagus untuk kulit muka dan dapat membersihkan kotoran pada muka 100%. Memilih facial wash yang betul agak susah. Kalau anda memilih pencuci muka yang tak sesuai, muka anda akan tumbuh jerawat, berasa panas, alergik naik dan sebagainya tetapi,  anda tak perlu risau.

Untuk kulit muka berminyak, jenis pencuci yang sesuai adalah Aqua Base, Gel, Foam atau Lotion. Elakkan milky, pencuci jenis milky hanya akan menambahkan kuantiti minyak di muka anda. Manakala untuk kulit muka kering, gunakan pencuci muka yang jenis milky, Aqua Base, Gel atau lotion. Kulit Muka sensitif atau kombinasi digalakkan menggunakan Pencuci muka jenis Aqua Base.

Menurut pakar kulit ternama dari New York, Dr. Gervaise Gerstner, kandungan pada pencuci muka yang bagus untuk jerawat mestilah mengandungi Salicylic Acid. Apa itu Salicylic Acid? Baca dibawah.

Apa itu Salicylic Acid?

Salicylic Acid merupakan salah satu bahan kimia yang diperbuat dari pokok dedalu. Nama asal, diambil dari bahasa latin untuk pokok dedalu, iaitu Salix.

Salicylic Acid

Biasanya, bahan ini sering dijumpai pada aspirin. Namun, kandungan ini juga sering kali digunakan di dalam pencuci muka untuk kulit berjerawat kerana dapat membantu memperbaiki sel kulit.

Kenapa Salicylic Acid Boleh Hilangkan jerawat?

Jerawat terjadi kerana banyaknya kandungan minyak pada kulit muka yang menyebabkan timbulnya bakteria. Bakteri menjadi punca pori-pori tersumbat yang membuatkan kulit muka meradang atau kemerahan lalu menjadi jerawat. Kandungan anti-inflammation pada Salicylic Acid, dapat meredakan keradangan yang terjadi sewaktu pembentukan jerawat.

Selain itu, Salicylic Acid juga dapat ,membuang kotoran yang tersumbat pada pori-pori yang dapat menyebabkan blackhead serta mengurangkan bakteria penyebab kepada muka berjerawat. Itu sebabnya, kandungan ini sering kali digunakan sebagai salah satu bahan utama pada pencuci muka yang bagus.

Cleanser Bluebell bukan sahaja salicylic acid malah pencuci jenis sesuai untuk semua jenis kulit muka kerana kandungan utamanya adalah Aqua Base.

 

Please follow and like us:

Comments

comments

Post Author: Eli

Eli adalah seorang Pegawai Farmasi di sebuah Syarikat Swasta Terkemuka. Beliau berpengalaman dalam bidang ubat ubatan farmasi dan juga kecantikan selama 5 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *