Ubat Gigi Boleh Hilangkan Jerawat, Betul atau Tidak?

Hilangkan Jerawat Menggunakan Ubat Gigi? Adakah ianya Benar-Benar Berkesan?

Hilangkan Jerawat Guna Ubat Gigi

Hampir semua kebanyakkan daripada kita pasti pernah dengar & menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah kulit muka, iaitu dengan menyapukan ubat gigi di kawasan kulit yang berjerawat.

Walaupun ianya mampu mengurangkan kulit muka berminyak, adakah ubat gigi ini merupakan suatu cara yang berkesan demi mendapatkan kulit muka yang licin, cantik dan bersih? Dan apakah kesan sampingannya?

Menurut Dr. Neal Schultz, seorang pakar dermatologi di New York, Amerika, ubat gigi mengandungi bahan bahan seperti hidrogen peroksida, soda penaik, alcohol, minyak pati, menthol serta triklosan yang berfungsi mengeringkan jerawat dan anti-bacteria.

Walaubagaimanapun, beliau berkata bahawa kandungan bahan tersebut tidak dapat membuatkan penggunaan ubat gigi lebih berkesan berbanding dengan cara hilangkan jerawat yang konvensional.

Seorang Pakar dermatologi yang lain juga, Dr. Rebecca Baxt, memberitahu bahawa kesan pengeringan kulit muka yang dilakukan oleh ubat gigi selalu dilihat sebagai suatu yang baik. Sebenarnya, kesan tersebut mengakibatkan keradangan kulit yang melibatkan kemerahan merahan dan pengelupasan tidak normal disebabkan oleh kulit muka yang terlebih kering.

Mungkin ada di antara kita yang boleh menghilangkan jerawat dengan cara sebegini, tetapi ubat gigi bukanlah rawatan yang tepat & betul untuk kulit muka yang berjerawat. Bahan bahan yang sebenarnya boleh mengatasi masalah kulit muka adalah Glycolic acid & Salicylic acid.

Glycolic acid & Salicylic Acid ini adalah dua bahan yang sangat sesuai untuk kulit muka anda untuk menghilangkan jerawat di muka anda tanpa mengeringkan permukaan kulit anda dan juga dapat mengawal liang pori kulit muka anda dengan baik. Sumber Glycolic Acid & Salicylic Acid ini adalah daripada tumbuh tumbuhan.

Jika anda ingin hilangkan jerawat dengan cara yang betul & berkesan, Bluebell Skin Care adalah produk yang tepat & berkesan untuk anda kerana Bluebell Skin Care mengandungi 100% bahan semulajadi dan juga kedua bahan seperti yang disebutkan diatas. Ramai yang telah berjaya memiliki kulit yang cantik berseri dengan Bluebell. Klik Sini Untuk Dapatkan Bluebell Skin Care Sekarang.

Please follow and like us:

Comments

comments

Post Author: Eli

Eli adalah seorang Pegawai Farmasi di sebuah Syarikat Swasta Terkemuka. Beliau berpengalaman dalam bidang ubat ubatan farmasi dan juga kecantikan selama 5 tahun. Di Bluebell Skin Care beliau menjadi pakar kecantikan dan penulis blog di Bluebell Halal berkongsikan tips-tips kecantikan & pengetahuan tentang bahan bahan produk skin care. Ikuti beliau & tulisan beliau setiap minggu di Blog Bluebell Halal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *