Latar Belakang Bluebell Skin Care

Produk yang berkonsepkan Halal untuk memenuhi kehendak ummah menjadi inspirasi untuk Puan Mek Yam Jusoh melancarkan Bluebell Skin Care.

Logo Bluebell Skin Care 2016-2017

Pengalaman selamat 40 tahun menggunakan perbagai produk produk kecantikan, dalam dan luar negara dijadikan landasan untuk mengeluarkan formula kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan. Puan Aliaa Zawani Muhd Rasid menyertai Puan Mek Yam pada tahun 2015.

Pada tahun 2014, siri pertama Bluebell iaitu Bluebell Classic Series telah dilancarkan. Alhamdulillah, permintaan amat memberangsangkan.

Bluebell Classic Skin Care Series 2015

 

Keratan Akhbar Utusan Malaysia

 

Bluebell Skin Care juga telah dipasarkan melalui rancangan TV seperti Saf Muslimah (SAFM), B’Frenz & lain lain.