Rahsia Cantik Seperti Isteri Nabi

Petua ini dikongsikan oleh Datuk Dr. Fatma El-Zahra dengan menggunakan ayat suci Al-Quran. Boleh diamalkan semua cara-cara ini ataupun amalkan satu sahaja dan paling penting perlu Istiqomah sewaktu mengamalkannya. InsyaAllah.

1. Dilakukan selepas solat Isyak. Ambil air segelas, baca surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.

2. Berzikir untuk sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:

Baca “Ya Badiyah” sekali,
Baca “Ya Nur” sekali,
Baca “Ya Hadi” sekali,
Baca “Ya Allah” 3 kali.

Baca zikir diatas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Image may contain: 1 person, smiling
Sekadar Perhiasan Semata-Mata

3. Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut: Baca ayat ke 35, 36 dan 38 dari surah Al-Waqiah pada tiap selepas Solat Subuh. Selepas baca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

4. Guna timun dan kurma basah. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata, “Ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan betuk yang ideal” – HR Ibnu Majah.

Sumber: Hijabsta

*Gambar sekadar hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan Isteri Nabi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shopping cart

0

No products in the cart.

Subsribe & Get Up to 50% Discount!

We keep your data private and share your data only with third parties that make this service possible. Read our Privacy Policy.

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish