Spread the love

Image may contain: 1 person, text

[AWAS] Dakapan Merkuri

Anak anak beri anda kebahagian, anda memilih kulit putih bertoksik!

Biasanya, produk kosmetik yang mengandungi merkuri dipasarkan sebagai produk pencerah kulit. 

Selain dari memberi kesan kepada pengguna, ia juga boleh memberi kesan mudarat kepada oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak .
.
Bagaimana Merkuri dari kosmestik boleh meracuni kanak kanak?

 Hal ini terjadi apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit anda meruap dan dihidu.

 Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri.

 Keracunan an juga terjadi apabila orang yang menggunakan produk kosmetik menyentuh kanak kanak dan kemudiannya mereka memasukkan jari-jari ke dalam mulut.
.

Apakah kesan keracunan merkuri kepada kanak kanak?

 Keracunan merkuri kepada kanak kanak mengakibatkan kerosakan kepada buah pinggang dan menjejaskan sistem saraf.

 Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau bayi yang belum dilahirkan.

 Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
.

Ini adalah alasan mengapa anda perlu menjauhi kanak kanak sekiranya masih berdegil mahu menggunakan produk pemutihan yang mengandungi merkuri 🙏🏼🙏🏼

Sumber: Public Health Malaysia

previous arrow
next arrow
Slider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.