Apa tu Jerawat Kulat (Fungal Acne) ? Punca, Rawatan & Gejala

Jerawat Kulat Boleh Menyebabkan Kerosakan Tubuh Anda – Inilah Cara Merawatnya. Pakar dermatologi berkongsi tip rawatan dan pencegahan.

Jika anda perasan ada jerawat di dada, belakang, atau bahu yang tidak hilang, anda mungkin mengalami masalah jerawat kulat.

Apa sebenarnya Jerawat Kulat (Fungal Acne) ni?

Jerawat kulat atau dalam bahasa saintifiknya pityrosporum folliculitis, atau malassezia folliculitis. Tak kiralah apapun anda panggilnya, ianya terjadi akibat yis (yeast) berlebihan yang dipanggil malassezia sama seperti kulat pada rambut anda.

Google Images

Apabila jerawat kulat ini berlaku, “ia akan mengakibatkan keradangan dan gatal-gatal, seperti timbulnya jerawat,” kata Shereene Idriss, ahli dermatologi terkenal di New York.

Malassezia ni sebenarnya ada pada setiap kulit kita. Joshua Zeichner, pengarah kosmetik dan kajian klinikal bahagian Dermatologi di Hospital Mount Sinai, New York menambah lagi, kadar yis (yeast) boleh meningkat apabila cuaca panas, lembap dan jika anda berpeluh.

Kadar yis (yeast) yang tinggi dapat menyebabkan keradangan dimana dapat menjadikan kulit anda berbenjol dan bernanah.

Bagaimanakah cara mengenal pasti Jerawat Kulat (Fungal Acne) ini?
Science Alert

Jerawat kulat (fungal acne) sangat sukar untuk dikenalpasti kerana ianya nampak seperti jerawat biasa. Kebiasaannya jerawat jenis ini timbul seperti whitehead pada bahagian bahu, dada dan belakang badan anda. Seeloknya dapatkan konsultasi dari pakar Dermatologi untuk mendapatkan pengesahan.

Bagaimanakah cara merawat Jerawat Kulat (Fungal Acne) ini?

Bergantung pada tahap jangkitan anda, pakar dermatologi mungkin akan mencadangkan sesuatu yang mudah seperti pencuci badan atau mereka akan memberikan preskripsi ubat.

Google Images

Kebanyakkan mereka akan menasihati menggunakan topical sulfur seperti jenis ointment atau lotion untuk mencuci badan anda dimana ianya bertindak sebagai anti-fungal dan anti-bacteria,

Bagaimana jika Jerawat Kulat (Fungal Acne) ini timbul pada kulit muka?

Anda boleh menggunakan Bluebell Cleanser dan Bluebell Daily Defence Moisturiser (lihat bahan kandungan) sebagai langkah pencegahan dan rawatan kerana kedua produk ini mengandungi Triclosan yang bertindak sebagai Anti-Fungal dan Anti-Bacteria pada kulit muka anda.

Set Lengkap Bluebell Skincare

Jika ianya pada badan, gunalah sabun mandi yang mempunyai bahan anti-fungal dan anti-bacteria seperti triclosan, topical sulfer dan lain-lain. Takkan anda nak beli 10 set Bluebell sebulan dan pakai satu badan? Hehehe..

Seeloknya, dapatkan nasihat daripada Pakar seperti Doktor dan Dermatologi sebelum hendak mencuba sesuatu produk.

Kredit: Fungal Acne – Allure
Sumber: Triclosan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shopping cart

0

No products in the cart.

Subsribe & Get Up to 50% Discount!

We keep your data private and share your data only with third parties that make this service possible. Read our Privacy Policy.

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish