Tentang Kami

Bluebell Skin Care diasaskan oleh Puan Mek Yam Binti Jusoh pada tahun 2014. Niat beliau bertujuan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit muka dengan menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.

Bluebell Skincare di Siaran Langsung Rancangan SAFM, TV Alhijrah. Puan Mek Yam (Kiri) & Puan Aliaa Zawani (Kanan)

Asal Usul Bluebell Skin Care

Pengalaman selama 40 tahun menggunakan perbagai produk produk kecantikan, dalam dan luar negara dijadikan landasan untuk mengeluarkan formula kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Puan Mek Yam anak kelahiran Kelantan mempunyai kelulusan Bachelor of Technology, Brunel University, England dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu MBA, Cranfield Institute of Technology, England pada tahun 1992. Pencapaian Puan Mek Yam pernah menjadi Pengurus Pasukan National Kriket Wanita ke Asian Games XVII – 2014 di Incheon Korea

Pengasas bersama Bluebell Skincare ialah Puan Aliaa Zawani Mohd Rasid. Bekas graduan Universiti Teknologi Mara Malaysia dalam diploma graphic design & media digital, Bachelor Degree Communications & Media Studies ini kemudiannya menyertai pada tahun yang sama (2015) dan menubuhkan syarikat iBluebell Cosmeceuticals (M) Sdn Bhd.

Puan Aliaa Zawani Mohd Rasid (Gambar Kanan)

iBluebell Cosmeceuticals (M) Sdn Bhd

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan beroperasi di F-2-36, Vista Alam, Jalan Iktisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Mempunyai lebih 10 orang pekerja dan lebih 10,000 pelanggan di seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapore!

 

Bluebell Skincare Pernah Disiarkan Di Media Tempatan

Pengilang Produk Bluebell Skincare

Kesemua produk Bluebell Skincare dikilangkan di Kosmetik Alwan Sdn Bhd yang beralamat Jln Permata 2B/KS9, 42500 Klang, Selangor.  Kosmetik Alwan Sdn Bhd telah mendapat pengiktirafan HALAL & GMP (Amalan Perkilangan Baik). Sebarang pertanyaan dan soalan boleh menghubungi kami di 0193568850 (whatsapp) atau 0380841024 (hotline).

Gambar Kilang Kosmetik Alwan (Sumber: Google Street View)